Tuesday 9 May 2017

Taman Negara Pahang CNY Feb 2016
























The World Oldest Rainforest


Taman Negara Pahang

Feb 2016 -by Vikong Explorer Team('VET')

 









Pada cuti CNY 2016 ...Papa dan Uncle Kashmir telah membawa kami sekeluarga bercuti ke Taman Negara ,Pahang. Kata Papa, inilah janji papa yang masih belum ditunaikan . Papa telah berjanji untuk membawa Kakak@Chek Bal ke Taman Negara semasa kakak lulus peperiksaan UPSR dengan cemerlang. Cepat sungguh masa berlalu, kakak sekarang sedang menuntut di IPTA.

Kami kesana menaiki sebuah van Nissan 3.0 cukup untuk kami sekeluarga. Kami bertolak dari Rawang awal pagi jam 11pagi selepas sarapan.


HARI PERTAMA
Night Jungle Trecking
Aktiviti pertama kami adalah Night Jungle Tracking dimana kami akan meninjau serangga hutan dan hidupan liar dari atas Bumbun(pondok tinggi) yang disediakan untuk melihat hidupan liar .





















Kami menaiki bot untuk menyeberang keTaman Negara. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 minit.




 


Sampai di kawasan Mutiara Resort Taman Negara kami diberi taklimat oleh jurupandu En Din mengenai tempat yang akan kami lawati beserta nasihat pantang larang bila berada di dalam hutan.











   


Dalam perjalanan ke Bumbum jurupandu kami memberi penerangan mengenai serangga serangga dan kehidupan malam di dalam hutan.






Kami sampai di Bumbum untuk meninjau binatang liar...
 




Alhamdulilah kami bernasib baik dapat tengok 3 ekor rusa yang sedang bermesyuarat......


HARI KE 2




Suasana pagi amat menyegarkan. Gambar pemandangan di belakang hotel penginapanon

.








En Din memberi penerangan mengenai perjalanan ke canopy. Jarak lebih kurang 2 km sahaja.

Dalam perjalanan En Din memberi penerangan mengenai pokok pokok, daun daun yang digunakan sebagai ubat oleh kaum orang asli...

 
Pokok ni macam pokok plastik hiasan rumah..yang bujur macam sireh tu .ntah apakenama....apabila dikeringkan boleh digunakan sebagai kertas pasir.

 




Alamak..Pak Tapir ini pun nak ke Canopy Walk...





Di antara penduduk-penduduk di sini.....

 
One family photo at the Big Tree..








Jalan pintas ke Kuala Terengganu...hehehe..





Ingatkan dah sampai... rupenye baru tempat register...take 5 dulu...


Pendakian diteruskan. Ada lagi 100 meter untuk sampai ke entrance Canopy...


Alhamdulilah..akhirnya kami berjaya sampai di pintu masuk....



Perjalanan pulang dari Canopy Walk...

Kami balik hotel untuk makan tengahari dan berehat sebelum aktiviti seterusnya awal petang.


 
Gambar kanan - Tempat papa berdiri 30 tahun dahulu....





Aktiviti Petang --Shooting the Rapid!!!

Uncle Kashmir sempat group selfie sebelum ribut melanda....




Gambar sebelum ribut..video bot ribut tidak dapat di rakamkan oleh kerana camera tidak kalis air..abis semua lencun air..hehehe. this is the most trilling experience..macam nak terbalik bot ini bila shooting the rapids.. Kata guide bot tak terbalik kalau penuh penumpang...sapa duduk tengah & belakang siaplah....





Selepas rapids shooting, kami singgah di perkampungan orang asli kaum Batek. En Din jurupandu kami memberi sedikit penerangan sejarah kehidupan orang asli ini.


Tok Batin Brown nak cuba teropong sat....

Uncle Kashmir membeli 'mini' sumpit sebagai cenderamata



HARI KE TIGA
Aktiviti hari terakhir ini adalah menaiki bot ke Lata Berkoh dan Kelah Santuary. Seperti biasa selepas sarapan kami berkumpul di jeti Kuala Tahan.

 
Perjalanan ke Lata Berkoh mengambil masa selama 30 minit..... Bot hanya dibenarkan untuk Mengikut undang-undang Perhilitan bot boleh membawa empat penumpang sahaja. Harga sebuah bot adalah RM 200(untuk ke Lata Berkoh dan Kelah Sanctuary) Kami kesana menaiki 3 buah bot.

 
Perjalanan yang amat menyeronokkan. Suasana hutan dara yang tenang mendamaikan.


Mendarat kawasan Lata Berkoh. Untuk ke Lata Berkoh kami terpaksa berjalan sejauh 30 minit meredah denai yang sedia ada.


Akhirnya berjaya sampai.....


Inilah tempat yang dinamakan Lata Berkoh...kawasan jeram sebenarnya...tidak sesuai untuk mandi manda...hanya untuk bergambar 




Perjalanan seterusnya ke Kelah Santuary.



  
  



Selamat tiba di Kelah Sanctuary.

 
Perjalanan pulang...













Alhamdulilah selamat. Satu percutian yang amat menyeronokkan.

Terimakasih Papa dan Uncle Kashmir.

Semoga dapat berjumpa lagi di percutian seterusnya. In sha allah.

Sekian. Terimakasih.



 

 

 

 

Di sunting oleh. Soraya Brown(anak bongsu Tok Batin)